Senang sahaja.
Lagi banyak unit kita print, lagi murah kos cetakan.
Kos cetak buku yang sama jika mahu cetak 2000 unit dengan cetak 500 unit adalah berbeza.
TETAPI.
Pertama sekali, tengok bajet kita dahulu.
Paling penting kita mampu bayar.
Dan kedua penting adalah kita mampu jual.
Jika kita cetak sebanyak 2,000 unit, tetapi yang terjual hanya 400 unit sahaja, baki itu takut tersorok bawah katil sahaja.
Jadi matlamat kita sepatutnya bukan hendak turunkan kos cetak, TETAPI bagaimana kita dapat jual buku itu supaya dapat cover kos cetak itu dari awal.
Sebab itu ada penulis yang buat pre-order.
“Lagi dua minggu buku ini akan masuk kilang cetak, sekarang saya mahu buka pre-order dahulu! Klik sini untuk membeli ….”