Apabila manuskrip sampai ke tangan kami, ini proses yang berlaku:
Pertama, permohonan ISBN dan PDP. Ini supaya buku anda nanti lebih mudah untuk masuk kedai buku kerana ada unique number dan ada peluang dibeli oleh perpustakaan.
Proses ini mengambil masa 4 hingga 5 hari.
Kos bagi permohonan ISBN & PDP adalah percuma, kecuali bagi beberapa situasi yang menyebabkan kami perlu mengupah runner untuk ke PNM.
Sebaik sahaja kami hantar permohonan ISBN & PDP, kami terus mulakan proses kedua.
Kedua, desain layout dalam dan cover buku. Ini supaya buku anda tampak kemas dan profesional. Tidaklah ada pembeli kata, “Sakitnya mata nak baca!”
Proses kedua ini bermula pada hari pertama lagi. Ia mengambil masa dalam 5 hingga 7 hari.
Jadi siap sahaja desain layout dan cover buku, ISBN & PDP dapat di tangan kami.
Kos bagi desain layout – RM7.00 per muka surat buku
Kos bagi desain cover – RM550
Proses ketiga, masuk kilang cetak. Pihak kilang cetak biasanya mengambil masa 7 hari untuk siapkan buku anda.
Cuma jika tarikh menghampiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, kilang cetak mungkin mengambil masa 2 hingga 3 minggu untuk siapkan buku anda.
Kos bagi cetakan 120 muka surat buku adalah RM8.50 seunit bagi cetakan 100 unit.
Makin banyak unit kita cetak, makin murah. Namun bagi mereka yang baru hendak terbit buku sendiri, kami mencadangkan untuk cetak 100 unit sahaja dulu. Selepas berjaya habiskan jualan 100 unit, barulah fikir untuk cetak banyak.
Proses pilihan iaitu suntingan. Suntingan sebenarnya salah satu proses penting untuk memastikan buku anda nanti kurang kesalahan ejaan atau tatabahasa.
Dan ada jenis editor yang akan beri nasihat tambahan untuk menyedapkan ayat-ayat anda dalam buku.
Cuma, dalam pakej untuk penulis baru ini, kami letak proses suntingan sebagai pilihan tambahan. Kos untuk suntingan adalah RM7.50 per muka surat buku untuk. Sekiranya buku anda nanti ada 100 muka surat, kos suntingan adalah RM750.
Jadi, rancang sebaik mungkin.