"Elakkan kerugian besar main cetak buku tetapi akhirnya rugi."
Ramai yang mahu terbitkan buku.
Mereka pun pergi ke kedai printing, dan terus cetak 1,000 naskhah. Akhirnya rugi.
Kenapa?
Ada beberapa sebab yang biasa kami jumpa:
1. Kedai cetak itu tidak fokus kepada cetak buku semata. Jadi kos cetak sangat tinggi.
2. Buku hanya terjual separuh walau selepas setahun. Akhirnya berlaku longgokan buku di rumah dan rosak.
3. Tidak kira kos keseluruhan untuk terbit buku, kemudian main letak harga. Nampak macam untung tetapi rupanya rugi selepas tolak kos-kos lain.
Bagaimana mahu elakkan kerugian begini?
"Belajar langkah demi langkah dengan penerbit berpengalaman."
Hafiz Latiff memulakan syarikat penerbitan sendiri pada tahun 2012 dan fokus menerbitkan buku-buku sastera dan budaya.
Orang kata buku sastera dan budaya ini susah hendak jual.
“Syarikat kau ini boleh bertahan 3 tahun sahaja.”
Beliau melalui satu persatu penolakan dan kritikan orang dalam membangunkan syarikat sendiri.
Kini, usia syarikat penerbitan beliau menjangkau 8 tahun.
Ya, beliau berjaya membuktikan mampu bertahan walaupun memilih niche penerbitan yang dikatakan susah hendak hidup.
Anda juga mungkin sedang melalui fasa kritikan rakan sekeliling.
"Tolak tepi segala kritikan, dan mula rancang bagaimana buku anda boleh terbit dan terjual.
Ambil sehelai kertas kosong. Tulis nota atasnya, “Buku Pertama Aku Bakal Terbit Tahun Ini.”
Lipat dan simpan dalam dompet.
Itu bukan tangkal tetapi jadikannya sebagai azam tahun ini.
Jadikan tahun ini sebagai tahun bermula.
Semua orang bermula kosong. Tetapi anda boleh memilih untuk bermula dengan bijak dan elakkan dinding-dinding kesilapan akibat tidak tahu.
Kami rakam panduan video ini khusus untuk anda yang baru hendak bermula.
Ada 17 video yang menerangkan satu demi satu proses penerbitan bermula:
- Bagaimana memohon ISBN.
- Bagaimana mencari designer untuk cover buku.
- Mencari syarikat percetakan yang bagus.
- Cara mengira kos yang ada dan menetapkan harga jualan buku.
- Bagaimana menjual buku.
- Berapa peratusan kedai buku ambil daripada setiap buku terjual
- dan banyak lagi.

Langkah anda menerbitkan buku bermula saat ini
Yuran kebijaksanaan jika anda bertindak sekarang adalah RM100 sahaja.
Cukup 100 pembeli, kami naikkan harga.